Author: admin

Perhatian | Disclaimer!

Perkongsian perjalanan Haji saya dan isteri adalah berdasarkan aturan sebelum dunia dilanda wabak Covid-19. Terdapat pelbagai perubahan aturan, undang² dan tatacara dari pihak Tabung Haji dan juga pihak berkaitan di Arab Saudi selepas wabak Covid-19 melanda. Semoga segala urusan para Duyufurrahman dari seluruh dunia dipermudahkan dan diberi kesihatan sepanjang menjalani ibadah Haji. InsyaAllah… Tahniah pada…

Haji – Sudahkah kita faham?

Dari pemerhatian, walaupun telah tiba di tanah haram untuk mengerjakan haji, ramai jemaah yang masih keliru tentang sebahagian atau keseluruhan ibadah ini, terutama jemaah lanjut usia. Mungkin tidak berkesempatan menghadiri kursus haji atau komplikasi modul. Dinasihatkan supaya ahli keluarga dapat sama² menyemak kefahaman jemaah yang akan pergi menunaikan haji dengan penerangan ringkas dan jelas. Jemaah…

Tips Bermanfaat

Tips – Mekah Perkhidmatan teksi di Mekah pada musim haji sangat efisien dan keselamatan insyaAllah terjamin. Pastikan teksi menggunakan meter atau mendapat persetujuan harga ke setiap destinasi (contoh dari hotel maktab saya ke tempat miqat, Tanaem, adalah sebanyak 20 riyal – pergi dan balik, jika dari hotel ke perkarangan MasjidilHaram dengan tidak menggunakan meter, harga…

Bermulanya Perjalanan…

Tempat melapor diri ialah di Kompleks TH Sepang (Movenpick Convention Centre) bersebelahan dengan Masjid KLIA Sepang. Jemaah dinasihatkan berada 3 jam lebih awal dari waktu melapor diri. Kelengkapan terakhir seperti beg silang, tag pengenalan dan gelang tangan pengenalan diri akan diserahkan semasa melapor diri. Maklumat maktab penginapan seperti nama hotel dan nombor bilik juga diterima…

Penerbangan Pergi :)

KLIA dan IMIGRESEN Bas akan membawa jemaah dari Kompleks TH Sepang terus ke boarding hall KLIA. Jemaah akan diberi kad kod bernombor untuk giliran check-out Imigresen Malaysia dan check-in Imegresen Saudi. Bermula 2018 semua jemaah haji Malaysia akan diterima check-in oleh imigresen Saudi di KLIA. Pegawai imigresen dari Saudi akan sedia berada di KLIA untuk proses…

Jeddah – Ketibaan

Sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang, jemaah akan menaiki bas ke terminal. Ketibaan di terminal akan disambut petugas TH dan Saudi. Jemaah akan terus menaiki bas untuk dibawa ke maktab penginapan kerana proses check-in imigresen Saudi telah selesai di KLIA. Bagasi jemaah diuruskan oleh TH dan akan terus diterima oleh jemaah di maktab penginapan. Paspot jemaah…

Mekah – Maktab Penginapan (Maktab 80)

Ketibaan di hotel penginapan (maktab), Hotel Bakkah Assalah, disambut petugas TH dan petugas Muassasah Saudi dan tuan rumah (pemilik atau pengurusan hotel). Jemaah akan diberikan cenderahati (tasbih digital & buku doa) sebaik sahaja tiba yang bergantung kepada budibicara tuan rumah. Maktab2 jemaah malaysia merupakan hotel2 yang dipajak oleh TH sepanjang musim haji khusus sebagai penginapan…

Mekah – Masjidil Haram

Jarak dari semua maktab penginapan ke MasjidilHaram ialah kira² 1km. Tetapi setiap maktab melalui perjalanan berbeza sama ada landai atau berbukit. Jemaah perlu menilai sendiri kemampuan dari segi kesihatan bagi berulang alik ke MasjidilHaram terutamanya sebelum tarikh wukuf kerana ia paling penting dalam mengerjakan ibadah haji. Pada musim haji, pintu² Masjidilharam biasa ditutup seawal 1…

Wukuf di Arafah

Perjalanan dari maktab di mekah di uruskan oleh Jabatan Muassasah Saudi sehari sebelum tarikh wukuf Ihram dan niat ihram di maktab masing². Bermulalah larangan ihram. Jemaah akan bergerak dari setiap maktab dengan diberi nombor bas Nombor bas akan kekal bagi seluruh perjalanan 5 hari masyair; Mekah-Arafah-Muzdalifah-Mina-Mekah Khemah muassasah jemaah Malaysia sangat luas dan berhawa dingin;…

Mabit di Muzdalifah

Pergerakan dari arafah bermula selepas waktu maghrib dengan menaiki bas dengan nombor masing² Ketibaan di muzdalifah disambut dan diatur oleh petugas TH Jemaah akan duduk di atas karpet yang disediakan tanpa sebarang khemah Tandas disediakan dan lebih selesa berbanding Arafah. Dinasihatkan peluang ini digunakan sebaiknya untuk sebarang hajat kerana tandas di Mina kelak lebih terhad…

Melontar Jamrah di Mina

Ketibaan di khemah maktab di Mina bermula seawal pagi sehingga tengahari. Persediaan mental jemaah sangat penting kerana khemah muassasah jemaah Malaysia di Mina sangat padat berbanding Arafah. Sistem hawa dingin khemah di Mina tidak sesejuk di Arafah. Tandas sangat terhad, jadi dinasihatkan jemaah bijak mengatur waktu. Ramai jemaah dilihat lewat menunaikan solat subuh kerana beratur…

Bersedekah/Infaq di Tanah Suci

Selain dari beribadat di Tanah Suci, kita juga boleh menggandakan amalan kita dengan bersedakah atau infaq. Terdapat pelbagai peluang untuk kita bersedakah, antaranya : Memberi makan dikenali sebagai “sabil” – makanan sedekah yang diberikan di jalan Allah. memberikan sejumlah wang kepada kafe atau kedai makan untuk dibuatkan sejumlah makanan serta minuman dan kemudian diberikan terus…

Madinah

Kedudukan hotel yg dijadikan maktab TH muassasah Malaysia di Madinah lebih hampir dengan Masjid Nabawi. Peluang lebih besar untuk solat fardhu 5 waktu di Masjid Nabawi. Hotel tersebut bertaraf 4 dan 5 bintang, jadi perkhidmatan dobi lebih berkesan kerana tidak sesuai membasuh sendiri pakaian. Laluan masuk jemaah wanita di Masjid Nabawi adalah khusus dan tertutup.…

Makan-makan Muassasah

  • Makanan jemaah haji muassasah Malaysia disediakan dalam bentuk siap pek dan diedarkan kepada jemaah pada waktu makan tengahari dan makan malam.
  • Cara edaran bergantung pengurusan maktab. Terdapat edaran di dewan makan
    manakala yang lain di tingkat penginapan masing².
  • Sarapan pagi tidak disediakan namun terdapat jualan oleh pengurusan hotel di dewan makan atau penduduk melayu Mekah berasal Patani di luar lobi hotel setiap pagi.
  • Sarapan siap pek biasa dijual pada harga SR5. Menu biasanya terdiri dari selera melayu seperti roti canai, nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, nasi impit, pulut ikan masin, mi atau bihun goreng.
  • Jemaah boleh menikmati makanan masing² sama ada di lobi hotel, di dewan makan atau di koridor laluan bilik bersama keluarga masing².
  • Sarapan juga boleh didapati di foodcourt² yang terdapat dalam pusat² membeli-belah berhadapan Masjidilharam. Di antaranya tingkat atas Abraj AlBait (Makkah Tower), tingkat atas Safwa Towers dan tingkat basement Safwa Towers. Gerai shawarma, kebab, ayam goreng (broast chicken) dan nasi arab juga terdapat di sepanjang perjalanan dari maktab² ke Masjidilharam cuma kebanyakannya tidak menyediakan ruang makan.
  • Kebanyakan kedai di Mekah pada musim haji beroperasi 24jam terutamanya kedai makanan dan kedai runcit.

Menu di Mekah…

Menu di Arafah & Mina…

Menu di Madinah…

Menu di Jalanan & Foodcourt…

Rayuan Haji

Alhamdulillah kami telah mula bersedia untuk pergi pada tahun 2018, jadi kami membuat rayuan agar diberi peluang menunaikan haji pada tahun ini. Untuk makluman, TH membuka rayuan haji hanya bagi tahun haji terkini. Jika rayuan tahun tersebut gagal maka rayuan bagi tahun-tahun berikutnya perlu diperbaharui. Surat rayuan kepada TH kami hantar melalui beberapa saluran; email,…

Panggilan Duyufurrahman

Alhamdulillah rayuan kami diterima. Makluman dari TH adalah melalui panggilan telefon. Dinasihatkan agar maklumat penting seperti alamat terkini dan nombor telefon diperbaharui bagi akaun TH. Alamat dan nombor telefon juga perlu dinyatakan dengan jelas di dalam surat rayuan. Selepas panggilan dari TH jemaah perlu hadir ke cawangan bagi mengambil surat tawaran dan diberi masa hanya…

Pengeluaran Haji Melalui KWSP (EPF)

Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji. Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya,untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli. Rujuk laman web…

Kursus Asas Haji (KAH) 1440H

Kursus Asas Haji (KAH) bagi tahun 1440H yang di kelolakan oleh Tabung Haji bakal bermula. Kursus akan diadakan pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam bagi setiap siri (diadakan sebanyak 17 siri). Sila dapatkan jadual Kursus Asas Haji (KAH) mengikut negeri di laman web rasmi Tabung Haji.

Rayuan Haji 1440H/2019M

Perkongsian dari Whatsapp…   Maklumat terkini : Rayuan haji untuk tahun 2019M / 1440H dibuka pd 8hb November. Boleh terus hantar surat rayuan ke tingkat 30 Bangunan Tabung Haji Jln Tun Razak KL atau email: th-info@lth.gov.my atau Rayuan haji juga boleh terus dihantar ke kaunter-kaunter 125 cawangan termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran…