Mekah – Maktab Penginapan (Maktab 80)

  • Ketibaan di hotel penginapan (maktab), Hotel Bakkah Assalah, disambut petugas TH dan petugas Muassasah Saudi dan tuan rumah (pemilik atau pengurusan hotel). Jemaah akan diberikan cenderahati (tasbih digital & buku doa) sebaik sahaja tiba yang bergantung kepada budibicara tuan rumah.

  • Maktab2 jemaah malaysia merupakan hotel2 yang dipajak oleh TH sepanjang musim haji khusus sebagai penginapan jemaah haji Malaysia.

  • Bagasi dan makanan siap pek akan diterima oleh jemaah di tingkat penginapan masing2.

  • Nama2 jemaah akan sedia terpapar di pintu2 bilik masing2.

  • Bilangan jemaah muassah malaysia dalam satu bilik adalah bergantung kepada saiz bilik. Bilangan biasa adalah di antara 4 hingga 7 orang sebilik.
  • Setiap maktab biasanya akan disediakan pejabat petugas TH , surau yang besar dan klinik manakala kaunter kewangan bagi sesetengah maktab.
  • Surau besar dengan solat 5 waktu berjemaah ada di setiap maktab kerana kebanyakan jemaah yang uzur tidak mampu berulang ke masjidil haram untuk solat fardhu. Jarak dari semua maktab ke Masjidilharam ialah 800m secara purata.
  • Kemudahan seperti dewan makan dan dobi juga bergantung kepada hotel yang dipajak. Terdapat maktab yang mempunyai dewan makan dan lobi yang luas manakala setengah yang lain tidak.

2 comments for “Mekah – Maktab Penginapan (Maktab 80)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *