Tips Asas KESIHATAN Jemaah Haji
- Pastikan CUCI semua BUAH-BUAHAN sebelum dimakan terutama buah limau. Bahan kimia pada kulit buah sering menyebabkan jemaah mendapat batuk.
- Dalam keadaan sihat, cuba amalkan 1/4 effervescent VITAMIN C setiap hari sehingga tarikh wukuf. Ini antara usaha mengekalkan kesihatan menuju kemuncak haji.
- Sepanjang perjalanan mashaer amalkan MINUM air dari botol MINERAL sahaja. Elakkan minum air dari water dispenser umum seperti dalam perjalanan melontar atau di kompleks jamrah. Air tersebut juga bukan air zamzam.
- Cuba dapatkan REHAT atau TIDUR yg cukup di SIANG hari bermula waktu dhuha sehingga waktu Zuhur. Dengan ini ibadah di masjid atau di maktab dapat difokuskan pada waktu malam.
- Jika haji pada musim panas perlu menilai kemampuan dan keperluan berjalan dari maktab yg jauh ke masjid bagi waktu² kritikal seperti ZUHUR dan ASAR. Solat jemaah fardhu ada disediakan di setiap maktab muassasah TH.
- Dicadangkan tidak menukar waktu BANGUN tidur dari malaysia apabila tiba di tanah suci. Bangun dan bersiap utk ke masjid jam 2 PAGI dan terus berada di masjid sehingga waktu Subuh adalah lebih baik.
- Elakkan menggunakan KASUT baru. Kasut terbaik ialah yg telah selesa dipakai.