Haji – Sudahkah kita faham?

Dari pemerhatian, walaupun telah tiba di tanah haram untuk mengerjakan haji, ramai jemaah yang masih keliru tentang sebahagian atau keseluruhan ibadah ini, terutama jemaah lanjut usia. Mungkin tidak berkesempatan menghadiri kursus haji atau komplikasi modul. Dinasihatkan supaya ahli keluarga dapat sama² menyemak kefahaman jemaah yang akan pergi menunaikan haji dengan penerangan ringkas dan jelas.

Jemaah perlu dijelaskan bahawa :

  • Ibadah haji bermula daripada wuquf iaitu waktu Zuhur 9hb Zulhijjah juga dikenali hari Arafah.
  • Perlu jelas tentang ihram yang diniatkan semasa masuk ke tanah haram mekah sama ada ihram umrah atau haji, biasanya bergantung tarikh tiba di mekah.

Haji Ifrad

  • mengerjakan ibadah haji dahulu sebelum ibadah umrah
  • lazim bagi jemaah yang tiba di mekah hampir dengan tarikh wuquf.
  • masuk ke mekah dengan ihram haji maka larangan ihram kekal sehingga tahallul awwal (boleh bercukur dan membuka pakaian ihram) dan tahallul thani (semua larangan terangkat).
  • sila rujuk pegawai agama atau mutawwif berkenaan tatacara lengkap.

Haji Tamattuk

  • melaksanakan ibadah umrah dahulu sebelum ibadah haji
  • lazim bagi jemaah haji yang tiba jauh lebih awal dari tarikh wuquf
  • haji tamattuk dikenakan dam yang boleh siap dibayar melalui TH
  • masuk ke mekah dengan ihram umrah dan terus menyelesaikan tawaf umrah dan saei umrah lalu bertahallul untuk keluar dari larangan ihram
  • bole mengulangi umrah2 sunat semasa di mekah dengan menaiki teksi ke miqat di tanaem
  • akan berihram haji di penginapan di mekah sebelum bergerak ke arafah apabila tiba tarikh wuquf
  • larangan ihram kekal sehingga tahallul awwal (boleh bercukur dan membuka pakaian ihram) dan tahallul thani (semua larangan terangkat)
  • sila rujuk pegawai agama atau mutawwif berkenaan tatacara lengkap.

Haji Qiran

  • lazim bagi jemaah yang kesuntukan masa keberadaan di mekah lalu manggabungkan niat ihram haji bersekali umrah
  • juga dikenakan dam
  • sila rujuk pegawai agama atau mutawwif berkenaan tatacara lengkap.
Kredit gambar dari www.bimbinganislam.com

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *