- Tempat melapor diri ialah di Kompleks TH Sepang (Movenpick Convention Centre) bersebelahan dengan Masjid KLIA Sepang.
- Jemaah dinasihatkan berada 3 jam lebih awal dari waktu melapor diri.
- Kelengkapan terakhir seperti beg silang, tag pengenalan dan gelang tangan pengenalan diri akan diserahkan semasa melapor diri.
- Maklumat maktab penginapan seperti nama hotel dan nombor bilik juga diterima semasa lapor diri dan terus dilekat pada semua beg yang dibawa oleh jemaah.
- Bagi jemaah yang terus ke Mekah bolehlah siap memakai pakaian ihram dari rumah atau memakainya di Masjid KLIA atau Kompleks TH sebelum proses check-in.
- Beg bagasi besar akan diterima check-in di kompleks tersebut manakala beg 5kg akan sentiasa bersama jemaah.
- Semasa proses check-in di Kompleks TH, petugas akan menyerahkan pasport dan boarding pass kepada jemaah.
- Proses scan beg 5kg dan badan oleh imigresen Malaysia juga dibuat di kompleks ini.
- Jemaah akan melalui proses scan 10 jari untuk imigresen Saudi oleh petugas TH.
- Jemaah akan mendengar taklimat terakhir di dalam dewan sebelum berangkat ke KLIA.
- Jemaah akan terus menaiki bas secara konvoi dengan diiringi polis dan ambulans ke KLIA.