Perkongsian perjalanan Haji saya dan isteri adalah berdasarkan aturan sebelum dunia dilanda wabak Covid-19. Terdapat pelbagai perubahan aturan, undang² dan tatacara dari pihak Tabung Haji dan juga pihak berkaitan di Arab Saudi selepas wabak Covid-19 melanda. Semoga segala urusan para Duyufurrahman dari seluruh dunia dipermudahkan dan diberi kesihatan sepanjang menjalani ibadah Haji. InsyaAllah… Tahniah pada…
Tag: haji
Bermulanya Perjalanan…
Tempat melapor diri ialah di Kompleks TH Sepang (Movenpick Convention Centre) bersebelahan dengan Masjid KLIA Sepang. Jemaah dinasihatkan berada 3 jam lebih awal dari waktu melapor diri. Kelengkapan terakhir seperti beg silang, tag pengenalan dan gelang tangan pengenalan diri akan diserahkan semasa melapor diri. Maklumat maktab penginapan seperti nama hotel dan nombor bilik juga diterima…
Mekah – Masjidil Haram
Jarak dari semua maktab penginapan ke MasjidilHaram ialah kira² 1km. Tetapi setiap maktab melalui perjalanan berbeza sama ada landai atau berbukit. Jemaah perlu menilai sendiri kemampuan dari segi kesihatan bagi berulang alik ke MasjidilHaram terutamanya sebelum tarikh wukuf kerana ia paling penting dalam mengerjakan ibadah haji. Pada musim haji, pintu² Masjidilharam biasa ditutup seawal 1…
Wukuf di Arafah
Perjalanan dari maktab di mekah di uruskan oleh Jabatan Muassasah Saudi sehari sebelum tarikh wukuf Ihram dan niat ihram di maktab masing². Bermulalah larangan ihram. Jemaah akan bergerak dari setiap maktab dengan diberi nombor bas Nombor bas akan kekal bagi seluruh perjalanan 5 hari masyair; Mekah-Arafah-Muzdalifah-Mina-Mekah Khemah muassasah jemaah Malaysia sangat luas dan berhawa dingin;…
Mabit di Muzdalifah
Pergerakan dari arafah bermula selepas waktu maghrib dengan menaiki bas dengan nombor masing² Ketibaan di muzdalifah disambut dan diatur oleh petugas TH Jemaah akan duduk di atas karpet yang disediakan tanpa sebarang khemah Tandas disediakan dan lebih selesa berbanding Arafah. Dinasihatkan peluang ini digunakan sebaiknya untuk sebarang hajat kerana tandas di Mina kelak lebih terhad…
Melontar Jamrah di Mina
Ketibaan di khemah maktab di Mina bermula seawal pagi sehingga tengahari. Persediaan mental jemaah sangat penting kerana khemah muassasah jemaah Malaysia di Mina sangat padat berbanding Arafah. Sistem hawa dingin khemah di Mina tidak sesejuk di Arafah. Tandas sangat terhad, jadi dinasihatkan jemaah bijak mengatur waktu. Ramai jemaah dilihat lewat menunaikan solat subuh kerana beratur…
Rayuan Haji
Alhamdulillah kami telah mula bersedia untuk pergi pada tahun 2018, jadi kami membuat rayuan agar diberi peluang menunaikan haji pada tahun ini. Untuk makluman, TH membuka rayuan haji hanya bagi tahun haji terkini. Jika rayuan tahun tersebut gagal maka rayuan bagi tahun-tahun berikutnya perlu diperbaharui. Surat rayuan kepada TH kami hantar melalui beberapa saluran; email,…
Panggilan Duyufurrahman
Alhamdulillah rayuan kami diterima. Makluman dari TH adalah melalui panggilan telefon. Dinasihatkan agar maklumat penting seperti alamat terkini dan nombor telefon diperbaharui bagi akaun TH. Alamat dan nombor telefon juga perlu dinyatakan dengan jelas di dalam surat rayuan. Selepas panggilan dari TH jemaah perlu hadir ke cawangan bagi mengambil surat tawaran dan diberi masa hanya…
Kursus Asas Haji (KAH) 1440H
Kursus Asas Haji (KAH) bagi tahun 1440H yang di kelolakan oleh Tabung Haji bakal bermula. Kursus akan diadakan pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam bagi setiap siri (diadakan sebanyak 17 siri). Sila dapatkan jadual Kursus Asas Haji (KAH) mengikut negeri di laman web rasmi Tabung Haji.
Rayuan Haji 1440H/2019M
Perkongsian dari Whatsapp… Maklumat terkini : Rayuan haji untuk tahun 2019M / 1440H dibuka pd 8hb November. Boleh terus hantar surat rayuan ke tingkat 30 Bangunan Tabung Haji Jln Tun Razak KL atau email: th-info@lth.gov.my atau Rayuan haji juga boleh terus dihantar ke kaunter-kaunter 125 cawangan termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran…