Mabit di Muzdalifah
- Pergerakan dari arafah bermula selepas waktu maghrib dengan menaiki bas dengan nombor masingĀ²
- Ketibaan di muzdalifah disambut dan diatur oleh petugas TH
- Jemaah akan duduk di atas karpet yang disediakan tanpa sebarang khemah
- Tandas disediakan dan lebih selesa berbanding Arafah. Dinasihatkan peluang ini digunakan sebaiknya untuk sebarang hajat kerana tandas di Mina kelak lebih terhad
- Pergerakan keluar dari Muzdalifah ke Mina hanya bermula selepas waktu tengah malam. Banyakkan berdoa semoga perjalanan lancar dan dipermudahkan bergerak ke Mina sebelum waktu matahari terik.