Wukuf di Arafah

  • Perjalanan dari maktab di mekah di uruskan oleh Jabatan Muassasah Saudi sehari sebelum tarikh wukuf
  • Ihram dan niat ihram di maktab masing¬≤. Bermulalah larangan ihram.
  • Jemaah akan bergerak dari setiap maktab dengan diberi nombor bas
  • Nombor bas akan kekal bagi seluruh perjalanan 5 hari masyair; Mekah-Arafah-Muzdalifah-Mina-Mekah
  • Khemah muassasah jemaah Malaysia sangat luas dan berhawa dingin; nyaman pada waktu siang manakala sangat sejuk pada waktu malam – hati¬≤ larangan ihram menutup kepala dan kaki bagi lelaki dan menutup muka bagi wanita
  • Tandas; jumlah terhad, perlu beratur. Air juga terhad, sila sediakan botol mineral kecil
  • Waktu wukuf bermula selepas waktu Zuhur. Jemaah boleh mula menyediakan tempat untuk berdoa di luar khemah seawal waktu dhuha dengan membentang alas yang dibekalkan oleh tabung haji dan menyiapkan payung
  • Jemaah dinasihatkan berlindung dari terik matahari dan minum air garam yang disediakan TH untuk mengelak dehidrasi
  • Pergerakan ke Muzdalifah bermula selepas solat jama taqdim maghrib isya berjamaah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *