Mekah – Masjidil Haram

  • Jarak dari semua maktab penginapan ke MasjidilHaram ialah kira² 1km. Tetapi setiap maktab melalui perjalanan berbeza sama ada landai atau berbukit.
  • Jemaah perlu menilai sendiri kemampuan dari segi kesihatan bagi berulang alik ke MasjidilHaram terutamanya sebelum tarikh wukuf kerana ia paling penting dalam mengerjakan ibadah haji.
  • Pada musim haji, pintu² Masjidilharam biasa ditutup seawal 1 jam sebelum waktu solat. Sebaiknya bangun seawal jam 2am untuk mandi dan bersiap ke masjid untuk fardhu Subuh sekiranya ingin bersolat di dalam MasjidilHaram khususnya di laman Kaabah. Untuk fardhu Maghrib kami biasanya bergerak sebelum jam 5pm untuk bersolat di dalam MasjidilHaram. Sekiranya pintu masjid telah ditutup biasanya jemaah masih berpeluang menaiki tingkat bumbung melalui eskalator atau solat di laman luar MasjidilHaram.
  • Ruang solat wanita dikhususkan dan biasanya terdapat di saf belakang saf lelaki sepanjang sekeliling MasjidilHaram.
Keadaan di luar MasjidilHaram ketika selesai solat fardhu.
  • Bawa beg khusus untuk mengisi kasut dan dibawa ke dalam masjid. Ini lebih selamat dan mudah dari meninggalkan kasut di tempat kasut kerana seringkali laluan masuk ditutup dan jemaah diarah keluar dari laluan lain. Bawa beg kasut yang luas bukaannya bagi melancarkan proses masuk dan keluar masjid kerana jumlah jemaah haji yang menghampiri 3juta orang akan membuat anda berasak² untuk masuk dan keluar masjid setiap waktu solat.
  • Jemaah wanita akan diperiksa begnya oleh petugas wanita MasjidilHaram di setiap pintu masjid. Anda dinasihatkan siap membuka beg untuk diperiksa bagi proses yang lancar.
  • Sejadah di MasjidilHaram tidak dipasang sepanjang musim haji. Jemaah boleh membeli sejadah mengikut keselesaan yang banyak boleh didapati di kedai² sekitar Mekah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *