Tips – Mekah Perkhidmatan teksi di Mekah pada musim haji sangat efisien dan keselamatan insyaAllah terjamin. Pastikan teksi menggunakan meter atau mendapat persetujuan harga ke setiap destinasi (contoh dari hotel maktab saya ke tempat miqat, Tanaem, adalah sebanyak 20 riyal – pergi dan balik, jika dari hotel ke perkarangan MasjidilHaram dengan tidak menggunakan meter, harga…
Tag: mekah
Jeddah – Ketibaan
Sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang, jemaah akan menaiki bas ke terminal. Ketibaan di terminal akan disambut petugas TH dan Saudi. Jemaah akan terus menaiki bas untuk dibawa ke maktab penginapan kerana proses check-in imigresen Saudi telah selesai di KLIA. Bagasi jemaah diuruskan oleh TH dan akan terus diterima oleh jemaah di maktab penginapan. Paspot jemaah…
Mekah – Maktab Penginapan (Maktab 80)
Ketibaan di hotel penginapan (maktab), Hotel Bakkah Assalah, disambut petugas TH dan petugas Muassasah Saudi dan tuan rumah (pemilik atau pengurusan hotel). Jemaah akan diberikan cenderahati (tasbih digital & buku doa) sebaik sahaja tiba yang bergantung kepada budibicara tuan rumah. Maktab2 jemaah malaysia merupakan hotel2 yang dipajak oleh TH sepanjang musim haji khusus sebagai penginapan…
Mekah – Masjidil Haram
Jarak dari semua maktab penginapan ke MasjidilHaram ialah kira² 1km. Tetapi setiap maktab melalui perjalanan berbeza sama ada landai atau berbukit. Jemaah perlu menilai sendiri kemampuan dari segi kesihatan bagi berulang alik ke MasjidilHaram terutamanya sebelum tarikh wukuf kerana ia paling penting dalam mengerjakan ibadah haji. Pada musim haji, pintu² Masjidilharam biasa ditutup seawal 1…
Makan-makan Muassasah
- Makanan jemaah haji muassasah Malaysia disediakan dalam bentuk siap pek dan diedarkan kepada jemaah pada waktu makan tengahari dan makan malam.
- Cara edaran bergantung pengurusan maktab. Terdapat edaran di dewan makan
manakala yang lain di tingkat penginapan masing². - Sarapan pagi tidak disediakan namun terdapat jualan oleh pengurusan hotel di dewan makan atau penduduk melayu Mekah berasal Patani di luar lobi hotel setiap pagi.
- Sarapan siap pek biasa dijual pada harga SR5. Menu biasanya terdiri dari selera melayu seperti roti canai, nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, nasi impit, pulut ikan masin, mi atau bihun goreng.
- Jemaah boleh menikmati makanan masing² sama ada di lobi hotel, di dewan makan atau di koridor laluan bilik bersama keluarga masing².
- Sarapan juga boleh didapati di foodcourt² yang terdapat dalam pusat² membeli-belah berhadapan Masjidilharam. Di antaranya tingkat atas Abraj AlBait (Makkah Tower), tingkat atas Safwa Towers dan tingkat basement Safwa Towers. Gerai shawarma, kebab, ayam goreng (broast chicken) dan nasi arab juga terdapat di sepanjang perjalanan dari maktab² ke Masjidilharam cuma kebanyakannya tidak menyediakan ruang makan.
- Kebanyakan kedai di Mekah pada musim haji beroperasi 24jam terutamanya kedai makanan dan kedai runcit.
Menu di Mekah…
Menu di Arafah & Mina…
Menu di Madinah…
Menu di Jalanan & Foodcourt…
Madrasah Al-Shaulatiyah
Setelah selesai ibadah haji, saya dan isteri berpeluang menziarahi salah sebuah madrasah yang terkenal di Kota Mekah terutama di kalangan orang Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu Madrasah Al-Shaulatiyah. Sebab utama untuk kami menziarahi madrasah ini adalah kerana, madrasah ini merupakan salah satu tempat arwah datuk saya menuntut ilmu ketika di Mekah. Maklumat lanjut berkaitan Madrasah Al-Shaulatiyah dan datuk saya boleh dilayari melalui capaian di bawah.
Wikipedia :
Tn Guru Hj Ghazali :