Jeddah – Ketibaan
- Sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang, jemaah akan menaiki bas ke terminal.
- Ketibaan di terminal akan disambut petugas TH dan Saudi.
- Jemaah akan terus menaiki bas untuk dibawa ke maktab penginapan kerana proses check-in imigresen Saudi telah selesai di KLIA.
- Bagasi jemaah diuruskan oleh TH dan akan terus diterima oleh jemaah di maktab penginapan.
- Paspot jemaah akan dikumpulkan oleh petugas dan disimpan oleh Muassasah Saudi sepanjang berada di Saudi.
- Jemaah akan diberikan pek yang mengandungi snek makanan dan minuman di dalam bas.
- Sebelum tiba di maktab penginapan, jemaah akan melalui 1 check-point (Pilgrims Guidance Centre) untuk bas berhenti dan menerima lagi makanan dan minuman siap pek yang disediakan oleh kerajaan Saudi.