Tips Asas KESIHATAN Jemaah Haji

Tips Asas KESIHATAN Jemaah Haji
Perkongsian perjalanan Haji saya dan isteri adalah berdasarkan aturan sebelum dunia dilanda wabak Covid-19. Terdapat pelbagai perubahan aturan, undang² dan tatacara dari pihak Tabung Haji dan juga pihak berkaitan di Arab Saudi selepas wabak Covid-19 melanda. Semoga segala urusan para Duyufurrahman dari seluruh dunia dipermudahkan dan diberi kesihatan sepanjang menjalani ibadah Haji. InsyaAllah… Tahniah pada…
Dari pemerhatian, walaupun telah tiba di tanah haram untuk mengerjakan haji, ramai jemaah yang masih keliru tentang sebahagian atau keseluruhan ibadah ini, terutama jemaah lanjut usia. Mungkin tidak berkesempatan menghadiri kursus haji atau komplikasi modul. Dinasihatkan supaya ahli keluarga dapat sama² menyemak kefahaman jemaah yang akan pergi menunaikan haji dengan penerangan ringkas dan jelas. Jemaah…
Tips – Mekah Perkhidmatan teksi di Mekah pada musim haji sangat efisien dan keselamatan insyaAllah terjamin. Pastikan teksi menggunakan meter atau mendapat persetujuan harga ke setiap destinasi (contoh dari hotel maktab saya ke tempat miqat, Tanaem, adalah sebanyak 20 riyal – pergi dan balik, jika dari hotel ke perkarangan MasjidilHaram dengan tidak menggunakan meter, harga…
Selain dari beribadat di Tanah Suci, kita juga boleh menggandakan amalan kita dengan bersedakah atau infaq. Terdapat pelbagai peluang untuk kita bersedakah, antaranya : Memberi makan dikenali sebagai “sabil” – makanan sedekah yang diberikan di jalan Allah. memberikan sejumlah wang kepada kafe atau kedai makan untuk dibuatkan sejumlah makanan serta minuman dan kemudian diberikan terus…
Alhamdulillah, berkesempatan berjumpa dengan saudara, jiran² serta sahabat sekolah dahulu yang sama² menunaikan Haji 1439H.
Alhamdulillah kami telah mula bersedia untuk pergi pada tahun 2018, jadi kami membuat rayuan agar diberi peluang menunaikan haji pada tahun ini. Untuk makluman, TH membuka rayuan haji hanya bagi tahun haji terkini. Jika rayuan tahun tersebut gagal maka rayuan bagi tahun-tahun berikutnya perlu diperbaharui. Surat rayuan kepada TH kami hantar melalui beberapa saluran; email,…
Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji. Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya,untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli. Rujuk laman web…
Merujuk pada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, kos haji untuk 1440H/2019M masih lagi kekal pada harga RM9,980 setelah ditolak subsidi. Sumber berita.
[LIVE] Sidang media Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkaitan isu Tabung Haji
Kursus Asas Haji (KAH) bagi tahun 1440H yang di kelolakan oleh Tabung Haji bakal bermula. Kursus akan diadakan pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam bagi setiap siri (diadakan sebanyak 17 siri). Sila dapatkan jadual Kursus Asas Haji (KAH) mengikut negeri di laman web rasmi Tabung Haji.
Perkongsian dari Whatsapp… Maklumat terkini : Rayuan haji untuk tahun 2019M / 1440H dibuka pd 8hb November. Boleh terus hantar surat rayuan ke tingkat 30 Bangunan Tabung Haji Jln Tun Razak KL atau email: th-info@lth.gov.my atau Rayuan haji juga boleh terus dihantar ke kaunter-kaunter 125 cawangan termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran…
Takziah buat keluarga : Hj Mokhtar bin Hashim Allahyarhamah Hjh Siti Fatimah binti Hj Maridun Tanah Perkuburan Syara’ik Makkah | Lot 30 | No 46 Hj Shaharin & Hjh Haliza Allahyarham Muhammad Zaki bin Hj Shaharin Tanah Perkuburan USJ 22
Setelah selesai ibadah haji, saya dan isteri berpeluang menziarahi salah sebuah madrasah yang terkenal di Kota Mekah terutama di kalangan orang Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu Madrasah Al-Shaulatiyah. Sebab utama untuk kami menziarahi madrasah ini adalah kerana, madrasah ini merupakan salah satu tempat arwah datuk saya menuntut ilmu ketika di Mekah. Maklumat lanjut berkaitan Madrasah Al-Shaulatiyah dan datuk saya boleh dilayari melalui capaian di bawah.
Wikipedia :
Tn Guru Hj Ghazali :