Selain dari beribadat di Tanah Suci, kita juga boleh menggandakan amalan kita dengan bersedakah atau infaq. Terdapat pelbagai peluang untuk kita bersedakah, antaranya :
- Memberi makan
- dikenali sebagai “sabil” – makanan sedekah yang diberikan di jalan Allah.
- memberikan sejumlah wang kepada kafe atau kedai makan untuk dibuatkan sejumlah makanan serta minuman dan kemudian diberikan terus kepada fakir miskin.
- ada sesetengah kedai makan yang telah menyediakan pakej² tertentu seperti 40 shawarma + 40 air kotak untuk SR100.
- ada juga pakej untuk makanan yang ringan seperti shawarma/sandwic dan juga makanan berat seperti nasi.
- Mengambil Air Zam-zam
- berdiri di sekitar tong ²/stesen² air zam-zam dan membantu mengambilkan air untuk orang yang akan meminumnya.
- tong² dan stesen² air zam-zam terdapat di sekitar MasjidilHaram dan Masjid Nabawi.
- Boleh juga membantu di stesen² air zam-zam yang terdapat di antara Safa & Marwah. Contohnya ketika menunggu rakan menghabiskan Sa’ei.
- Sedekah Air Minuman
- air mineral atau air kotak sejuk boleh dibeli di kedai runcit dan kemudian di sedekahkan pada sesiapa sahaja semasa dalam perjalanan pergi ke MasjidilHaram.
- akan terdapat juga syarikat² yang akan meletakkan lori di tepi laluan ke MasjidilHaram yang penuh dengan air mineral atau “laban” (susu) sejuk untuk diagihkan pada jemaah² yang melewati laluan tersebut.
- Mencalit Minyak Wangi
- dengan bermodalkan sebotol minyak wangi kecil dan berdiri di depan pintu masjid, kita boleh mencalitkan sedikit minyak wangi kepada setiap jemaah yang hendak masuk.
- pastikan tidak mencalit pada jemaah yang berada didalam ihram.