Melontar Jamrah di Mina

  • Ketibaan di khemah maktab di Mina bermula seawal pagi sehingga tengahari.
  • Persediaan mental jemaah sangat penting kerana khemah muassasah jemaah Malaysia di Mina sangat padat berbanding Arafah. Sistem hawa dingin khemah di Mina tidak sesejuk di Arafah.
  • Tandas sangat terhad, jadi dinasihatkan jemaah bijak mengatur waktu. Ramai jemaah dilihat lewat menunaikan solat subuh kerana beratur tandas. Perlu ke tandas lebih awal untuk sebarang hajat sebelum waktu subuh. Botol spray wuduk sangat bermanfaat sepanjang perjalanan masyair.
  • Jemaah tidak digalakkan untuk minum air “water cooler” yang terdapat di sepanjang laluan melontar. Ini adalah kerana, “water cooler” tersebut dikhuatiri tidak diselenggara dengan kemas kerana digunakan hanya pada musim Haji.
  • Perjalanan melontar jamrah hari pertama, 10 Zulhijjah (Jamrah al-aqabah) akan dipandu petugas TH. Bagi jemaah yang ingin melontar lebih awal dinasihatkan memaklumkan petugas.
  • Bagi lontaran ketiga² jamaraat pada hari ke 11, 12 dan 13 Zulhijjah (hari² Tasyriq) jemaah boleh melakukannya sendiri. Walaubagaimanapun, sila pastikan waktu lontaran telah masuk bagi mengelakkan ibadat terbatal. Boleh dapatkan keterangan lebih jelas dari ustaz² yang bertugas.
  • Jarak kompleks jamaraat dari khemah muassasah Malaysia adalah kira² 3.5km. Secara keseluruhan jemaah akan berjalan kaki sejauh 7km pergi dan balik bagi setiap lontaran jamrah.
  • Sebahagian jemaah Malaysia akan diarahkan untuk Nafar Awwal di mana selepas lontaran 12 Zulhijjah jemaah akan mula menaiki bas untuk pulang ke maktab di Mekah.
  • Setibanya di Mekah, jemaah boleh melangkapkan rukun² haji yang seterusnya iaitu Tawaf Haji dan Sa’ei Haji (pakaian biasa tanpa memakai kain ihram).
  • Setelah selesai kedua² rukun ini, maka selesailah ibadat haji kita.
  • Alhamdulillah, moga para Duyufurrahman semua dikurniakan Haji yang Mabrur…Aamiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *