Madinah
- Kedudukan hotel yg dijadikan maktab TH muassasah Malaysia di Madinah lebih hampir dengan Masjid Nabawi. Peluang lebih besar untuk solat fardhu 5 waktu di Masjid Nabawi.
- Hotel tersebut bertaraf 4 dan 5 bintang, jadi perkhidmatan dobi lebih berkesan kerana tidak sesuai membasuh sendiri pakaian.
- Laluan masuk jemaah wanita di Masjid Nabawi adalah khusus dan tertutup.
- Waktu ziarah raudhah pula terhad bagi jemaah wanita manakala sentiasa terbuka bagi jemaah lelaki.
- Jemaah wanita diasingkan mengikut Asia Tenggara dan Asia Tengah. Dinasihatkan mengikut mutawif bagi jemaah kali pertama namun persediaan mental penting kerana boleh memakan masa sehingga 4 jam satu sesi.
- Bagi jemaah wanita yang ingin masuk awal bersama jemaah Asia Tengah dinasihatkan tidak duduk secara berkumpulan walaupun pergi beberapa orang. Duduk bersendirian sambil berzikir atau membaca AlQuran bagi mengelakkan diganggu pengawal masjid. Jemaah juga bole sama² mengikuti halaqah² AlQuran yang terdapat dia bahagian tersebut sementara menunggu pintu dibuka.
- Halaqah² AlQuran yang boleh jemaah sertai juga sentiasa wujud setiap malam terutama di antara waktu Maghrib dengan Isya’.
- Jualan makanan di Madinah tidak seperti di Mekah, manakala makanan melayu agak terhad.
- Terdapat beberapa muzium di sekitar pintu² pagar Masjid Nabawi dan tempat² bersejarah di sekeliling masjid seperti kawasan di mana Saidina Abu Bakar dibaiah sebagai khalifah (Saqifah Bani Saidah) yang kini dijadikan taman.