Rayuan Haji

  • Alhamdulillah kami telah mula bersedia untuk pergi pada tahun 2018, jadi kami membuat rayuan agar diberi peluang menunaikan haji pada tahun ini. Untuk makluman, TH membuka rayuan haji hanya bagi tahun haji terkini. Jika rayuan tahun tersebut gagal maka rayuan bagi tahun-tahun berikutnya perlu diperbaharui.
  • Surat rayuan kepada TH kami hantar melalui beberapa saluran; email, serahan tangan di HQ dan pos berdaftar ke HQ.
  • Sebelum membuat rayuan, kami memastikan jumlah simpanan dalam akaun TH melebihi kos minimum terkini untuk menunaikan haji. Bagi tahun 2018, RM9,980 ialah jumlah yang perlu dibayar oleh jemaah melalui muassasah.
  • Dinasihatkan supaya jumlah simpanan dalam akaun TH melebihi dari jumlah tersebut kerana jemaah yang menunaikan haji Tamattuk dan Qiran perlu membayar dam. TH menyediakan perkhidmatan urusan dam untuk jemaah dari awal iaitu sebelum berangkat lagi bagi melancarkan urusan haji jemaah. Anggaran kos dam terkini ialah antara RM600 hingga RM700 (bergantung pada kadar tukaran wang).
  • Selain itu, bayaran untuk melaksanakan ibadah qurban juga boleh ditolak dari akaun TH.
  • Dinasihatkan juga bakal jemaah haji menghadiri mana2 kursus haji yang sah sebelum dan sesudah membuat rayuan. Kami tidak berkesempatan menghadiri mana¬≤ kursus dari TH selain kursus perdana kerana pada sangkaan kami kursus¬≤ haji hanya dihadiri oleh bakal jemaah yang telah menerima panggilan sahaja. Kursus2 haji biasanya bermula dari bulan Rabiul Awwal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *