Panggilan Duyufurrahman

  • Alhamdulillah rayuan kami diterima. Makluman dari TH adalah melalui panggilan telefon. Dinasihatkan agar maklumat penting seperti alamat terkini dan nombor telefon diperbaharui bagi akaun TH. Alamat dan nombor telefon juga perlu dinyatakan dengan jelas di dalam surat rayuan.
  • Selepas panggilan dari TH jemaah perlu hadir ke cawangan bagi mengambil surat tawaran dan diberi masa hanya beberapa hari untuk memberi keputusan menerima atau menolak.
  • Terdapat pilihan bagi jemaah sama ada memilih untuk ke Mekah dahulu atau Madinah. Alhamdulillah kami telah memilih Mekah dahulu dan permohonan kami diterima. Kami ialah kumpulan pertama jemaah yang bergerak terus ke Mekah bagi musim haji 2018.
  • Urusan seterusnya ialah penyerahan pasport dan buku kesihatan. Pasport yang sah perlu disediakan dengan tempoh sah melebihi 6 bulan dari tarikh perjalanan. Buku kesihatan dari TH juga perlu dikembalikan segera selepas ujian kesihatan di mana-mana klinik kesihatan Kementerian Kesihatan atau klinik swasta yang berdaftar dengan TH.
  • Semasa serahan paspot sila dapatkan maklumat bagi proses scan (imbasan) 10 jari yang perlu diambil oleh TH bagi memenuhi syarat imigresen Saudi.
  • TH akan mengambil sedikit masa dalam mengatur jadual penerbangan. Surat penerbangan akan dikeluarkan dan diedarkan secara pos atau jemaah perlu hadir sendiri ke pejabat TH mengambil surat dan kelengkapan haji seperti beg 5kg, buku-buku rujukan dan hadiah┬ádari beberapa penaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *