Penerbangan Pergi :)

KLIA dan IMIGRESEN

  • Bas akan membawa jemaah dari Kompleks TH Sepang terus ke boarding hall KLIA. Jemaah akan diberi kad kod bernombor untuk giliran check-out Imigresen Malaysia dan check-in Imegresen Saudi.
  • Bermula 2018 semua jemaah haji Malaysia akan diterima¬†check-in oleh imigresen Saudi di KLIA. Pegawai imigresen dari Saudi akan sedia berada di KLIA untuk proses tersebut.
  • Selesai proses imigresen jemaah akan diberi makanan siap pek (nasi goreng) dan dihidang buffet minuman panas di dalam boarding hall.
  • Jemaah akan dipanggil menaiki pesawat secara berperingkat mengikut nombor tempat duduk yang tertera di dalam boarding pass. TH menempah khas pesawat A380 bagi membawa 500 jemaah bagi setiap penerbangan (KT).
  • Jemaah dari Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Alor Setar akan dibawa dengan penerbangan awal ke KLIA terlebih dahulu dan menyertai jemaah zon tengah dalam satu penerbangan yang sama.
  • Perjalanan KLIA ke Saudi mengambil masa kira-kira 8jam. Jika ada waktu solat yang terlibat, anak kapal akan memaklumkan kepada jemaah. Waktu melepasi miqat juga akan dimaklumkan bagi jemaah yang akan terus menuju Mekah.
  • Jemaah dinasihatkan berwuduk dengan spray di dalam pesawat bagi mengelakkan tandas basah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *