Tips Bermanfaat

Tips – Mekah

  1. Perkhidmatan teksi di Mekah pada musim haji sangat efisien dan keselamatan insyaAllah terjamin.
  2. Pastikan teksi menggunakan meter atau mendapat persetujuan harga ke setiap destinasi (contoh dari hotel maktab saya ke tempat miqat, Tanaem, adalah sebanyak 20 riyal – pergi dan balik, jika dari hotel ke perkarangan MasjidilHaram dengan tidak menggunakan meter, harga antara 7 hingga 10 riyal). 
  3. Ada kedai makan dan kedai runcit yang buka 24 jam. Tidak perlu risau bab makan dan minum.
  4. Maktab² TH ada mempunyai ruang sidai pakaian yang dibasuh sendiri. Terdapat maktab yang menyediakan mesin basuh layan diri atau dobi berbayar.
  5. Bawa selipar bersih untuk jemaah lelaki bagi kegunaan semasa saei agar lebih selesa (jika perlu).
  6. Jemaah muassasah yang ingin meluangkan masa beberapa hari menginap di hotel yang berhampiran masjid boleh memeriksa harga secara online atau bertanya terus di hotel² tersebut.
  7. Harga seminggu selepas tarikh wukuf biasanya amat berpatutan
    pastikan maklumat penginapan anda dikongsi dengan rakan sebilik bagi memudahkan urusan petugas maktab.

Tips – Kewangan

  1. Kebanyakan Maktab ada menyediakan kaunter kewangan TH.
  2. Urusan keluar masuk duit hanya menggunakan kad identiti jemaah Haji. Buku tidak diperlukan. Urusan adalah dalam matawang Riyal.
  3. Nilai tukaran adalah mengikut kadar semasa.
  4. Sekiranya ada membawa duit RM, boleh juga ditukar di kaunter² tukaran wang asing di sekitar Mekah dan Madinah.
  5. Sila pastikan bawa wang yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan terutamanya sarapan pagi kerana untuk muassasah TH, sarapan tidak disediakan.

Tips – Kesihatan

  1. Klinik KKM terdapat di hampir setiap maktab.
  2. Bawa bekalan ubat keperluan biasa anda (darah tinggi, kencing manis, kolestrol, dll)
  3. Bekalan ubat seperti ubat demam, batuk, selsema, alahan (allergy) boleh didapati di klinik maktab namun anda juga digalakkan membawa sendiri.
  4. ORS atau serbuk garam untuk dehidrasi amat penting dibawa.
  5. Effervescent Vitamin C (tablet vitamin C yang boleh larut dalam air – rujuk gambar) juga penting. Dinasihatkan mengambil 1/4 (suku) tablet setiap hari sepanjang di Tanah Suci terutama sebelum hari Wukuf. Antara jenama yang biasa terdapat di farmasi ialah Flavette, Redoxon, Berocca dan Cebion
  6. Nilai kemampuan kesihatan diri jika ingin mengulang² Umrah sunat atau ulang-alik ke MasjidilHaram terutama sebelum tarikh wukuf (dari pemerhatian kami, terdapat jemaah terutama yang sudah berusia, jatuh sakit sewaktu perjalanan Mashaer. Contohnya, tidak dapat pergi melontar sendiri atau pengsan ketika perjalanan melontar. Selain itu, lewat atau memerlukan bantuan bagi melaksanakan Tawaf dan Sa’ei Haji)
  7. Sangat digalakkan memperbanyakkan tawaf sunat berbanding mengerjakan Umrah.

Tips – Telefon

  1. Sim kad boleh didapati dari agen² perkhidmatan telefon berdekatan hotel
  2. Terdapat maktab TH yg menyediakan perkhidmatan talian tetap

Tips – Lawatan

  1. Lawatan ke tempat² bersejarah atau ziarah ke tempat² menarik di Mekah bagi jemaah muassasah tidak diatur oleh TH.
  2. Kebiasaannya tuan rumah maktab ada menyediakan perkhidmatan lawatan berbayar secara berkumpulan. Sila rujuk papan maklumat di maktab² jemaah atau dapatkan maklumat dari petugas maktab.
  3. Lawatan di madinah diatur oleh maktab dengan menggunakan khidmat pelajar malaysia sebagai pengiring

Tips – Mina

  1. Bawa kasut yang selesa semasa bergerak ke mashair. Kasut boleh digunakan oleh jemaah lelaki SELEPAS tahallul awwal bagi perjalanan melontar jamaraat sepanjang 3 hari lagi (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Pastikan kasut yang dipakai ialah kasut yang telah serasi (bukan kasut baru dan masih keras). Ini untuk memastikan kaki kita sentiasa dalam keadaan sihat.

Tips – Barang Keperluan

Berikut senarai barang² keperluan yang kami rasakan perlu sepanjang menjalanai ibadah haji mengikut pengalaman kami :

  1. Beg
    • beg galas untuk kegunaan harian. Digunakan untuk meletak sejadah,sedikit makanan, botol air dan sebagainya.
  2. Sejadah (boleh dibeli di Tanah Haram)
    • Sejadah ringan yang selesa. Pada musim haji, karpet di MasjidilHaram akan di simpan.
  3. Kasut & Selipar
    • beli sebulan dua lebih awal jika memerlukan kasut baru
      atau bawa kasut yg paling selesa yang anda miliki
  4. Gajet
    • Kapasiti ‘Power Bank’ perlu dipastikan supaya boleh dibawa dalam penerbangan. Untuk Haji 1439H, tidak dibenarkan melebihi 1000mah.
    • ‘Power Extension’ adalah amat bermanfaat. Sama ada untuk digunakan di Mekah, Madinah juga ketika di Mashaer.
    • Extension beserta USB port juga amat berguna bagi memudahkan untuk mengecas telefon. Boleh kongsi dengan rakan sebilik (lihat gambar dibawah).
  5. Hook (jenis ‘S’ atau ‘suction cup’)
    • sangat bermanfaat ketika di bilik hotel.
    • gantung towel, baju etc.
  6. Toiletteries (sabun mandi, syampu, tuala wanita etc)
    • lebih baik bawa dari Malaysia sebab harga di sana agak mahal.
    • boleh bawa yang bersaiz besar, cuma sediakan botol kecil untuk kegunaan ketika di Mashaer.
  7. Penutup Mata (eye mask) untuk tidur
    • digalakkan untuk dibawa kerana kita berkongsi bilik beramai-ramai (hati2 bagi jemaah wanita yang didalam ihram)
  8. Pencukur Rambut (battery operated Hair Trimmer)
    • bagus jika dapat bawa pencukur rambut yang menggunakan kuasa bateri.
    • boleh digunakan untuk Tahalul Awal ketika di Mina
  9. Tongkat untuk yang sakit kaki/lutut
    • boleh dibeli awal melalui online seperti Lazada & Shopee.
    • beli tongkat lipat (foldable cane)
    • juga boleh didapati di supermarket di Mekah tetapi harga agak mahal.
  10. Botol Spray
    • Botol spray wuduk bersaiz kecil paling sesuai kerana ringan dan boleh dibawa semasa penerbangan pergi dan balik agar mudah menunaikan solat di mana².
  11. Kerusi untuk solat
    • kerusi waqaf banyak boleh didapati di MajidilHaram atau di Masjid Nabawi untuk kegunaan ketika solat
    • walaubagaimanapun, untuk kegunaan di masyair, boleh beli dikedai² sekitar Mekah dan dibawa bersama ketika ke sana.
  12. Hanger, penyepit baju, tali ampai, baldi
    • mudah didapati di kedai2 di Mekah.
  13. Makanan
    • Digalakkan membawa makanan penambah selera seperti kicap, ikan bilis goreng, serunding dll. Dinasihatkan yang tidak mengandungi bahan yang mengganggu perut seperti sering buang angin agar mudah menjaga wuduk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *