- Surat jemputan Kursus Perdana Haji (KPH) 1439H
- Para Duyufurrahman sedang mendengar taklimat dari ruang luar dewan solat bawah (hari pertama)
- Latihan amali Tawaf
- Latihan amali Sa’ei
- Saya dan isteri diletakkan di bawah Maktab 85 semasa kursus
- Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji 1439H oleh Raja Muda Selangor
- Latihan amali melontar Jamrah
- Para Duyufurrahman sedang mendengar taklimat dari ruang luar dewan solat bawah (hari ke-2)
Alhamdulillah kami telah menerima surat jemputan untuk menghadiri Kursus Perdana Haji 1439H bagi peringkat negeri Selangor yang bertempat di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selama 2 hari, pada 30 Jun 2018 dan 1 Julai 2018. Pada tahun ini, jemaah haji dari negeri Selangor adalah yang tertinggi iaitu sekitar 8,000 jemaah. Disebabkan terlalu ramai, pihak TH menasihati jemaah² yang tinggal berdekatan untuk pulang bagi memberi keselesaan pada jemaah yang perlu bermalam di masjid.