- Makanan jemaah haji muassasah Malaysia disediakan dalam bentuk siap pek dan diedarkan kepada jemaah pada waktu makan tengahari dan makan malam.
- Cara edaran bergantung pengurusan maktab. Terdapat edaran di dewan makan
manakala yang lain di tingkat penginapan masing². - Sarapan pagi tidak disediakan namun terdapat jualan oleh pengurusan hotel di dewan makan atau penduduk melayu Mekah berasal Patani di luar lobi hotel setiap pagi.
- Sarapan siap pek biasa dijual pada harga SR5. Menu biasanya terdiri dari selera melayu seperti roti canai, nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, nasi impit, pulut ikan masin, mi atau bihun goreng.
- Jemaah boleh menikmati makanan masing² sama ada di lobi hotel, di dewan makan atau di koridor laluan bilik bersama keluarga masing².
- Sarapan juga boleh didapati di foodcourt² yang terdapat dalam pusat² membeli-belah berhadapan Masjidilharam. Di antaranya tingkat atas Abraj AlBait (Makkah Tower), tingkat atas Safwa Towers dan tingkat basement Safwa Towers. Gerai shawarma, kebab, ayam goreng (broast chicken) dan nasi arab juga terdapat di sepanjang perjalanan dari maktab² ke Masjidilharam cuma kebanyakannya tidak menyediakan ruang makan.
- Kebanyakan kedai di Mekah pada musim haji beroperasi 24jam terutamanya kedai makanan dan kedai runcit.
Galleries
Madrasah Al-Shaulatiyah
Setelah selesai ibadah haji, saya dan isteri berpeluang menziarahi salah sebuah madrasah yang terkenal di Kota Mekah terutama di kalangan orang Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu Madrasah Al-Shaulatiyah. Sebab utama untuk kami menziarahi madrasah ini adalah kerana, madrasah ini merupakan salah satu tempat arwah datuk saya menuntut ilmu ketika di Mekah. Maklumat lanjut berkaitan Madrasah Al-Shaulatiyah dan datuk saya boleh dilayari melalui capaian di bawah.
Wikipedia :
Tn Guru Hj Ghazali :